Showing posts with label MAKLUMAT. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAT. Show all posts

17 Aug 2014

MAKLUMAT AM






Maklumat Am

Pengenalan

Karnival e-Learning Universiti-universiti peringkat Kebangsaan adalah idea yang julung-julung kali diadakan, dicetuskan oleh Majlis eLearning IPTA Malaysia dalam mesyuarat ahli majlis sekitar September 2013 di Sabah. Ia merupakan platform mempromosi, ekplorasi dan perkongsian kemahiran, praktis terbaik dan aplikasi e-learning di kalangan seluruh warga pengajian tinggi di Malaysia. Karnival ini dicadangkan merangkumi tiga aktiviti utama iaitu, pameran, pertandingan dan pengiktirafan serta anugerah bagi menghargai pencapaian (Anugerah eLearning Negara) serta merangsang penambahbaikan kualiti aplikasi e-learning pada masa depan. Karnival ini disebut sebagai N U CeL 2014 (National University eLearning Carnival 2014).



Tema

"e-Education for e-Generation"

Objektif

  • Sebagai platform mempromosi aplikasi e-learning dan praktis blended learning kepada semua warga pengajian tinggi khasnya, dan warga Malaysia amnya.
  • Sebagai platform kepada pelajar, akademia, industri dan orang ramai berkongsi, demonstrasi dan mempromosi inovasi serta produk elearning yang terkini.
  • Sebagai platform rasmi untuk mengiktiraf dan menyampaikan anugerah penghargaan ke atas pencapaian dan praktis terbaik e-learning di kalangan seluruh warga pengajian tinggi, sebagai Anugerah e-Learning Negara (AeN).