Pengenalan
Karnival e-Learning Universiti-universiti peringkat Kebangsaan adalah
idea yang julung-julung kali diadakan, dicetuskan oleh Majlis eLearning
IPTA Malaysia dalam mesyuarat ahli majlis sekitar September 2013 di
Sabah. Ia merupakan platform mempromosi, ekplorasi dan perkongsian
kemahiran, praktis terbaik dan aplikasi e-learning di kalangan seluruh
warga pengajian tinggi di Malaysia. Karnival ini dicadangkan merangkumi
tiga aktiviti utama iaitu, pameran, pertandingan dan pengiktirafan serta
anugerah bagi menghargai pencapaian (Anugerah eLearning Negara) serta
merangsang penambahbaikan kualiti aplikasi e-learning pada masa depan.
Karnival ini disebut sebagai N U CeL 2014 (National University eLearning
Carnival 2014).
Tema
"e-Education for e-Generation"
Objektif
- Sebagai platform mempromosi aplikasi e-learning dan praktis blended
learning kepada semua warga pengajian tinggi khasnya, dan warga Malaysia
amnya.
- Sebagai platform kepada pelajar, akademia, industri dan orang ramai
berkongsi, demonstrasi dan mempromosi inovasi serta produk elearning
yang terkini.
- Sebagai platform rasmi untuk mengiktiraf dan menyampaikan anugerah
penghargaan ke atas pencapaian dan praktis terbaik e-learning di
kalangan seluruh warga pengajian tinggi, sebagai Anugerah e-Learning
Negara (AeN).
No comments:
Post a Comment